MESYUARAT LPBM BIL.2 TAHUN 2024
Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia Bil 2/2024 telah diadakan pada 11 Julai 2024 (Khamis) jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM, YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli telah membincangkan berkaitan Laporan Lawatan Akreditasi Penuh Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Malaya.

Selain itu Pelaporan turut dibentangkan daripada berkaitan iaitu Jawatankuasa Amalan Profesional. Mesyuarat juga telah bersetuju meluluskan sebanyak 17 permohonan Perancang Bandar Siswazah Berdaftar, 2 permohonan Perancang Bandar Berdaftar dan 5 permohonan pendaftaran Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis (CoP).

TOP