Soalan Lazim

1) Apa itu Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM)?

Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) dan telah dikuatkuasakan sejak 1 Januari 1996.

Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) bertanggungjawab untuk menyelaraskan profesion perancangan bandar agar ia menjadi salah satu amalan profesional di Malaysia. Semua Anggota Lembaga dilantik oleh Menteri bagi tempoh tidak melebihi 3 tahun dan mesti mematuhi butiran yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Akta tersebut. Bagaimanapun, keanggotaan Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) dan Pengerusi Persatuan  Pegawai Perancang Bandar Malaysia (PERSADA) dalam Lembaga Pengarah diwakili secara automatik.

2) Apakah fungsi Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM)?

Fungsi utama Lembaga adalah-

  1. untuk menyimpan dan menyenggara Daftar;
  2. untuk meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran di bawah Akta ini;
  3. untuk menetapkan skala fi yang akan dikenakan oleh Perancang Bandar berdaftar bagi nasihat profesional yang diberikan dan perkhidmatan yang diberikan olehnya;
  4. untuk menentukan etika profesion;
  5. untuk mengawal selia kelakuan profesion;
  6. untuk mendengar dan menentukan sendiri atau melantik jawatankuasa atau penimbang tara untuk mendengar dan menentukan pertikaian;
  7. untuk mewakili profesion dalam apa-apa perkara yang mungkin perlu atau suai manfaat;
  8. untuk memeriksa, melaporkan dan membuat syor mengenai perundangan semasa dan apa-apa perkara lain yang menyentuh profesion;
  9. untuk melantik suatu panel, jika diperlukan sedemikian, untuk menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke  profesion itu, yang terdiri daripada-
    1. Kerajaan;
    2. Pihak berkuasa awam;
    3. Institut, badan atau pertubuhan yang pada masa ini mewakili profesion; an institute,
  10. untuk melantik seseorang untuk mewakilinya dalam badan atau panel pemeriksa yang boleh dilantik oleh institut, badan atau pertubuhan yang pada masa ini mewakili profesion;
  11. untuk membuat syor kepada pihak berkuasa yang berkaitan berhubung dengan apa-apa peperiksaan bagi kelayakan untuk diterima masuk ke dalam profesion;
  12. untuk melantik ahli Lembaga untuk menganggotai lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion; dan
  13. untuk melantik ahli Lembaga untuk menganggotai lembaga badan profesional lain sebagaimana yang perlu.
3) Bagaimana cara untuk saya mendaftar dengan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM)?
Sila klik pautan ini di sini
TOP