Berita

22.02.2024

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA TAHUN 2024

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding perancangan bandar dan wilayah yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 330206 untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-168
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Lipis, Pahang 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-169
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Rembau, Negeri Sembilan 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-170
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu, Kedah 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-171
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah, Perak 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-172
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-175
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula)

Klik di sini untuk lihat dokumen

09.02.2024

PEMAKLUMAN AM 2/2024 : MAKLUMAT ATAU BUTIRAN BERKAITAN PERANCANG BANDAR SISWAZAH BERDAFTAR, PERANCANG BANDAR BERDAFTAR, PERAKUAN PRAKTIS DAN PERTUBUHAN PERBADANAN.

Setiap permohonan perakuan pendaftaran baharu atau pembaharuan perakuan pendaftaran bagi Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan hendaklah mengisi maklumat atau butiran lain seperti mana yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).

Menjadi tanggungjawab setiap Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan bagi memastikan maklumat atau butiran adalah BENAR, TEPAT, LENGKAP, TIDAK MENGELIRUKAN dan TERKINI dengan mengambil kira maksud, termasuklah apa-apa maksud yang berhubungan secara langsung, yang baginya maklumat itu dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh LPBM.

LPBM sentiasa memastikan maklumat atau butiran lain yang dibekalkan oleh Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan hanya untuk urusan LPBM sahaja terutamanya bagi tujuan komunikasi seperti alamat, e-mel dan nombor telefon bimbit.

Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan hendaklah dengan kadar segera memaklumkan kepada Urus Setia LPBM jika terdapat mana-mana perubahan kepada maklumat atau butiran lain yang telah dibekalkan sebelum ini.

Klik untuk lihat Arahan Pemakluman berkaitan.

30.01.2024

Kenyataan Tawaran Tender Terbuka Tahun 2024

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding perancangan bandar dan wilayah yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 330206 untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-167
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-173
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-174
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-176
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-177
Tajuk Tawaran : Kajian Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3)

Klik di sini untuk lihat dokumen

08.01.2024

PEMAKLUMAN AM 1/2024 : KOD ETIKA PROFESIONAL PERANCANG BANDAR DAN TATACARA PROSEDUR MENGENAI SURAT PELEPASAN

Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah meluluskan Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Surat Pelepasan dalam Mesyuarat LPBM Bil. 3/2023 yang telah bersidang pada 15 Disember 2023.

Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Pelepasan ini merangkumi etika profesional yang perlu dipatuhi oleh Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).

Ianya disediakan bagi memastikan Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar mempunyai integriti yang tinggi semasa memberi perkhidmatan profesional perancangan bandar dan memastikan martabat profesion sentiasa dijaga dan dihormati.

Adalah menjadi SATU KESALAHAN kepada mana-mana Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar yang melanggar mana-mana peruntukan yang telah ditetapkan dalam Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Surat Pelepasan.

Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Surat Pelepasan hendaklah berkuatkuasa bermula daripada tarikh Pemakluman Am ini.

Klik di sini untuk lihat Arahan Pemakluman berkaitan 

23.02.2023

Kenyataan Tawaran Tender Terbuka Tahun 2023

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding perancangan bandar dan wilayah yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 330206 untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-157
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Daerah Rompin, Pahang 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-158
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035 (Penggantian)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-160
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian)

Klik di sini untuk lihat dokumen

TOP