LPBM PROFESSIONAL SERIES

LPBM telah menganjurkan program “LPBM Professional Series” yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli selaku Pengerusi LPBM dan program ini juga dihadiri oleh Perancang Bandar berdaftar, Perancang Bandar Siswazah berdaftar serta bukan ahli berdaftar LPBM.

Program ini merangkumi Pentauliahan Perakuan Pendaftaran Perancang Bandar berdaftar yang telah diluluskan oleh Mesyuarat LPBM Tahun 2024 serta penyampaian Manual Akreditasi Program Perancangan Bandar dan Wilayah versi 2.0 kepada Pemberi Pendidikan Tinggi di Malaysia yang menawarkan program Perancangan Bandar dan Wilayah.

Program ini diteruskan dengan kertas pembentangan 1 mengenai Pengukuhan Kualiti Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) yang dibentangkan oleh YBhg. Datin TPr Hajah Mazrina binti Dato’ Abdul Khalid selaku Pengerusi Jawatankuasa Amalan Profesional LPBM dan kertas pembentangan 2 mengenai Meningkatkan Kecekapan dan Daya Saing Ekonomi melalui Ease of Doing Business yang dibentangkan oleh TPr Zamirzan bin Puji selaku Pendaftar LPBM.

TOP