Sesi Lawatan Akreditasi Penuh oleh Majlis Akreditasi Perancangan Bandar (MABP) telah dijalankan ke atas Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)
Sesi Lawatan Akreditasi Penuh oleh Majlis Akreditasi Perancangan Bandar (MABP) telah dijalankan ke atas Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 24 hingga 25 Jun 2021 manakala sesi yang sama dibuat ke atas Universiti Sains Malaysia (USM) pada 30 Jun hingga 1 Julai 2021.
Sesi lawatan akreditasi penuh ini bagi membolehkan MAPB memantau dan menyemak kurikulum serta silibus program pengajian berkenaan yang ditawarkan di UIAM dan USM adalah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh MQA, Kementerian Pengajian Tinggi dan LPBM serta berdasarkan Manual Akreditasi Perancangan Bandar yang telah diluluskan oleh LPBM pada Julai 2020 lepas.
Jemaah panel penilai MAPB ini telah diketuai oleh Pengerusi MAPB, YBhg. Datin TPr Noraida binti Saludin dan disertai oleh para panel penilai berikut:
1. TPr Hj Ihsan bin Zainal Mokhtar - Wakil MIP/LPBM
2. TPr Hj Md Nazri bin Mohd Noordin - Wakil MIP
3. TPr Dr. Chee Ping Ngang - Wakil PLANMalaysia
4. TPr Hj Mohamed Jamil bin Ahmad - Wakil IPTA
5. YBrs. Prof TPr Dr. Jamalunlaili bin Abdullah - Wakil IPTA/LPBM
6. Pn Nurfauzan binti Muhammad Umran - Wakil MQA
7.Tpr Wan Andery bin Wan Mahmood - Urus setia LPBM (K)
8. Pn Mastura binti Zuber - Urus setia LPBM
9. TPr Yusnaim bin Abdul Rani - Urus setia LPBM
10. TPr Khairon Zairee bin Basiron - Urus setia LPBM
Yang menariknya pada sesi kali ini merupakan pertama kali dilaksanakan melalui sidang video atas talian (online video conference) susulan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Sesi atas talian ini turut meliputi sesi pembentangan projek para pelajar oleh kedua-dua IPTA berkenaan yang merupakan salah satu agenda program ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan sesi lawatan akreditasi penuh kali ini terutama kepada panel penilai MAPB, MQA, para pensyarah dan para pelajar UIAM dan USM.