PENDAFTARAN PERANCANG BANDAR
Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] telah menetapkan bahawa seseorang perancang bandar boleh berdaftar sebagai Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Bagi melaksanakan pendaftaran tersebut, Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah menyediakan senarai Daftar yang boleh diakses oleh orang awam. Daftar tersebut mengandungi:
PERANCANG BANDAR SISWAZAH BERDAFTAR
Seseorang itu layak memohon sebagai Perancang Bandar Siswazah berdaftar jika telah memenuhi syarat berikut:
Seseorang yang telah didaftarkan sebagai Perancang Bandar Siswazah berdaftar setelah memperolehi pengalaman amali sebagai Perancang Bandar mengikut tempoh yang ditetapkan oleh LPBM, maka layak untuk memohon sebagai Perancang Bandar berdaftar.
PERANCANG BANDAR BERDAFTAR
Seseorang itu layak memohon sebagai Perancang Bandar berdaftar jika telah memenuhi syarat berikut:
Seseorang yang telah didaftarkan sebagai Perancang Bandar berdaftar, layak untuk menggunapakai gelaran rasmi bagi profesion perancang bandar dengan akronim TPr (Town Planner). Penggunaan gelaran ini boleh digunakan dalam majlis-majlis rasmi namun perlu disebut sebagai Town Planner dan bukannya disebut mengikut akronim Ti Pi Ar.
Permohonan sebagai Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar hendaklah dikemukakan mengikut borang dan fi yang telah ditetapkan kepada LPBM.
PERAKUAN PENDAFTARAN
Setelah permohonan diluluskan, LPBM akan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran bagi seseorang Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar yang sah laku sehingga 31 Disember tahun ia dikeluarkan selaras dengan peruntukan di bawah perenggan 17 (3)(a), Akta 538.
Perakuan ini hendaklah diperbaharui secara tahunan setelah fi dijelaskan dan tarikh dikeluarkan suatu pembaharuan perakuan pendaftaran adalah ditetapkan pada setiap 1 Januari tahun berikutnya.
Selaras dengan seksyen 19 Akta 538, adalah menjadi keperluan setiap Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar untuk memaklumkan mengenai pertukaran alamat surat menyuratnya kepada Pendaftar dalam tempoh 14 hari. Dengan itu, alamat yang dilengkapkan dalam suatu perakuan pendaftaran adalah merupakan alamat terkini yang dibuat selaras dengan peruntukan akta.