MESYUARAT LPBM BIL.3 TAHUN 2024

Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia Bil 3/2024 telah diadakan pada 6 Oktober (Ahad) jam 2.00 petang pagi bertempat di Hotel St. Giles Wembley Penang, Georgetown, Pulau Pinang.  Mesyuarat yang melengkapkan sasaran sebanyak 3 kali setahun mesyuarat bagi tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM, YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli telah membincangkan 4 Kertas Pembentangan iaitu:

  1. Draf Cadangan Pindaan Akta Perancang Bandar (Akta 538)
  2. Kertas daripada Jawatankuasa Penyiasatan
  3. Kertas daripada Jawatankuasa Amalan Profesional
  4. Sesi Townhall Pindaan Akta Juruukur Berlesen 1958

Mesyuarat juga telah bersetuju meluluskan sebanyak 15 permohonan Perancang Bandar Siswazah Berdaftar, 10 permohonan Perancang Bandar Berdaftar dan 5 permohonan pendaftaran Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis (CoP).

TOP