LAWATAN AUDIT PEMATUHAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH, UNIVERSITI MALAYA

Lawatan Audit Pematuhan Akreditasi bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Malaya oleh Majlis Akreditasi Perancangan Bandar (MABP) telah dilaksanakan pada 27 Oktober 2022 bertempat di Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya. Tujuan lawatan audit pematuhan akreditasi ini diadakan adalah bagi memantau pelaksanaan penambahbaikan yang disyorkan semasa Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh pada April 2019.

 

Panel penilai MAPB ini telah diketuai oleh Pengerusi MAPB, YBhg. Datin TPr Noraida binti Saludin dan disertai oleh para panel penilai berikut:

 

1.     TPr Hj Md Nazri bin Mohd Noordin (Wakil MIP)

2.     TPr Dr. Chee Ping Ngang (Wakil PLANMalaysia)

3.     YBrs. Prof TPr Dr. Jamalunlaili bin Abdullah (Wakil IPTA/LPBM)

4.     Tpr Wan Andery bin Wan Mahmood (Urus setia LPBM (K))

5.     Encik Mas Al Hafiz bin Samsir (Urus setia LPBM)

 

Di samping sesi pembentangan oleh Ketua Jabatan bagi membincangkan tindakan penambahbaikan, sesi lawatan ini juga berpeluang melihat pameran hasil kerja pelajar serta perjumpaan antara panel dan pelajar turut diadakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada panel penilai MAPB, para pensyarah, para pelajar serta semua warga Mercu Alam Bina, Universiti Malaya yang terlibat samada ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan sesi Lawatan Audit Pematuhan Akreditasi ini.

TOP