FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BERSAMA PERTUBUHAN PERBADANAN YANG BERDAFTAR DENGAN LPBM

Lembaga Perancang Bandar Malaysia telah berjaya mengadakan satu sesi Focus Group Discussion (FGD) bersama pertubuhan perbadanan yang berdaftar dengan LPBM bagi pengukuhan dan pemerkasaan pertubuhan perbadanan perunding perancang bandar dalam menjalankan kajian-kajian yang telah diadakan di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Sesi FGD ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) merangkap Pengerusi LPBM yang turut menyampaikan ucapan aluan bagi sesi ini. selain itu, sesi FGD ini turut dihadiri oleh YBrs. TPr Md Nazri bin Abdullah (Timbalan Ketua Pengarah Perancangan PLANMalaysia), Datin TPr Noraida binti Saludin (Presiden MIP) dan pemilik-pemilik Pertubuhan Perbadanan yang berdaftar di bawah LPBM. Dua (2) pembentangan turut disampaikan oleh Datin TPr Mazrina binti Dato’ Abdul Khalid mewakili LPBM dan TPr Toh Lay See yang mewakili Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

TOP