PEMAKLUMAN AM 1/2024 : KOD ETIKA PROFESIONAL PERANCANG BANDAR DAN TATACARA PROSEDUR MENGENAI SURAT PELEPASAN

Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah meluluskan Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Surat Pelepasan dalam Mesyuarat LPBM Bil. 3/2023 yang telah bersidang pada 15 Disember 2023.

Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Pelepasan ini merangkumi etika profesional yang perlu dipatuhi oleh Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).

Ianya disediakan bagi memastikan Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar mempunyai integriti yang tinggi semasa memberi perkhidmatan profesional perancangan bandar dan memastikan martabat profesion sentiasa dijaga dan dihormati.

Adalah menjadi SATU KESALAHAN kepada mana-mana Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar yang melanggar mana-mana peruntukan yang telah ditetapkan dalam Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Surat Pelepasan.

Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Surat Pelepasan hendaklah berkuatkuasa bermula daripada tarikh Pemakluman Am ini.

Klik di sini untuk lihat Arahan Pemakluman berkaitan 

TOP