PEMAKLUMAN AM 3/2024 : PENGGUNAAN CAP HIDUP OLEH PERAKUAN PRAKTIS DAN PERTUBUHAN PERBADANAN

Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah menetapkan mana-mana Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan menggunakan Cap Hidup yang dikeluarkan oleh LPBM sahaja dalam semua urusan rasmi terutamanya bagi permohonan kebenaran merancang.

Cap Hidup ini merupakan permit yang dikeluarkan oleh LPBM untuk Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan menjalankan amalan sebagai perancang bandar mengikut Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538].

Penggunaan Cap Hidup hendaklah yang mempunyai dakwar (ink) basah dan TIDAK DIBENARKAN menggunakan Cap yang dicetak secara digital.

LPBM akan sentiasa memastikan semua Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan mematuhi kepada ketetapan dan peratutan LPBM.

Penggunaan Cap Hidup ini hendaklah di bawah kawalan dan tanggungjawab sepenuhnya oleh Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan.

Klik untuk Lihat Arahan Pemakluman berkaitan.

TOP