Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) Bil. 2/2024 pada 11 Julai 2024 telah meluluskan penambahbaikan Peraturan Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis/Certificate of Practice (CoP) 2019.
Setiap permohonan perakuan pendaftaran baharu atau pembaharuan perakuan pendaftaran bagi Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan hendaklah mengisi maklumat atau butiran lain seperti mana yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).
Menjadi tanggungjawab setiap Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan bagi memastikan maklumat atau butiran adalah BENAR, TEPAT, LENGKAP, TIDAK MENGELIRUKAN dan TERKINI dengan mengambil kira maksud, termasuklah apa-apa maksud yang berhubungan secara langsung, yang baginya maklumat itu dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh LPBM.
LPBM sentiasa memastikan maklumat atau butiran lain yang dibekalkan oleh Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan hanya untuk urusan LPBM sahaja terutamanya bagi tujuan komunikasi seperti alamat, e-mel dan nombor telefon bimbit.
Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan hendaklah dengan kadar segera memaklumkan kepada Urus Setia LPBM jika terdapat mana-mana perubahan kepada maklumat atau butiran lain yang telah dibekalkan sebelum ini.
Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah meluluskan Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Surat Pelepasan dalam Mesyuarat LPBM Bil. 3/2023 yang telah bersidang pada 15 Disember 2023.
Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Pelepasan ini merangkumi etika profesional yang perlu dipatuhi oleh Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).
Ianya disediakan bagi memastikan Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar mempunyai integriti yang tinggi semasa memberi perkhidmatan profesional perancangan bandar dan memastikan martabat profesion sentiasa dijaga dan dihormati.
Adalah menjadi SATU KESALAHAN kepada mana-mana Perancang Bandar Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar berdaftar yang melanggar mana-mana peruntukan yang telah ditetapkan dalam Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Surat Pelepasan.
Kod Etika Profesional Perancang Bandar dan Tatacara Prosedur Mengenai Surat Pelepasan hendaklah berkuatkuasa bermula daripada tarikh Pemakluman Am ini.
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(c) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538], Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah meluluskan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2022 pada 22 November 2022.
Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2022 ini melibatkan pindaan kepada Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 iaitu:
Sehubungan itu, LPBM telah bersetuju agar Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2022 menggantikan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 BERKUAT KUASA BERMULA 1 DISEMBER 2022.
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(c) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538], Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah menetapkan Skala Fi Minimum 2021 dan mula berkuat kuasa pada 9 Mac 2021.
Mana-mana Pertubuhan Perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar yang dilantik untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan perundingan perancangan bandar hendaklah mengguna pakai Skala Fi Minimum 2021 tersebut dan tidak boleh mengenakan bayaran kurang daripada skala fi minimum yang ditetapkan.
Adalah menjadi SATU KESALAHAN kepada mana-mana Pertubuhan Perbadanan yang tidak mematuhi kepada Skala Fi Minimum 2021. LPBM boleh mengambil tindakan yang sewajarnya bagi yang melakukan kesalahan ini selaras dengan Akta 538.