Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah mengambil maklum berkenaan penggunaan logo rasmi LPBM oleh beberapa Pertubuhan Perbadanan pada pakaian korporat tanpa kebenaran bertulis daripada pihak LPBM.
Untuk makluman, penggunaan mana-mana lambang, logo atau identiti rasmi LPBM oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis daripada LPBM adalah dilarang dan merupakan satu pelanggaran terhadap hak milik dan identiti korporat LPBM.
Tindakan tidak sah ini boleh mengelirukan orang awam serta menimbulkan persepsi seolah-olah Pertubuhan Perbadanan tersebut merupakan wakil rasmi LPBM dalam mesyuarat, perbincangan atau sebarang urusan rasmi lain sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.
LPBM memandang serius terhadap penyalahgunaan logo ini pada pakaian korporat Pertubuhan Perbadanan dan berhak mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang yang berkaitan selaras dengan peraturan sedia ada sekiranya pelanggaran ini berterusan.
Pihak LPBM akan terus memantau dan memastikan semua Pertubuhan Perbadanan mematuhi ketetapan ini bagi menjaga integriti, kredibiliti dan imej rasmi LPBM sebagai satu (1) entiti badan mengawalselia profesion perancang bandar di Malaysia.
Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :
No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-178
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Tempatan Daerah Jerantut, Pahang 2040 (Penggantian)
No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-179
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula)
No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-180
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 (Kajian Semula)
No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-181
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula)
No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-182
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula)
No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-183
Tajuk Tawaran : Kajian Kaedh-Kaedah di Bawah Akta Pembaharuan Semula Bandar
No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-184
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kajang
Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) dengan sukacitanya ingin menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri program “LPBM Professional Series” yang terbuka kepada Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, serta bukan ahli berdaftar.Butiran program adalah seperti berikut:
Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan yang berminat untuk menghadiri program ini, diminta untuk mendaftar melalui pautan Google Form: https://bit.ly/4fp7Ai1. Sila kemukakan yuran pendaftaran ke akaun Maybank 5660 1062 9350 dengan rujukan "Professional Series" dan hantar bukti bayaran ke lembagaperancang@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.
Berikut adalah butiran yuran pendaftaran:
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Urus Setia di talian 03 8091 0461 atau melalui e-mel lembagaperancang@gmail.com.
Berikut merupakan senarai Firma Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis Perancang Bandar berdaftar (Certificate of Practice, CoP) mengikut negeri yang telah dikemaskini pada 21 Ogos 2024.
Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah menetapkan mana-mana Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan menggunakan Cap Hidup yang dikeluarkan oleh LPBM sahaja dalam semua urusan rasmi terutamanya bagi permohonan kebenaran merancang.
Cap Hidup ini merupakan permit yang dikeluarkan oleh LPBM untuk Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan menjalankan amalan sebagai perancang bandar mengikut Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538].
Penggunaan Cap Hidup hendaklah yang mempunyai dakwar (ink) basah dan TIDAK DIBENARKAN menggunakan Cap yang dicetak secara digital.
LPBM akan sentiasa memastikan semua Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan mematuhi kepada ketetapan dan peratutan LPBM.
Penggunaan Cap Hidup ini hendaklah di bawah kawalan dan tanggungjawab sepenuhnya oleh Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan.