LAWATAN AUDIT PEMATUHAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (KEPUJIAN) (CFAP221/AP221) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) CAWANGAN PERAK, KAMPUS SERI ISKANDAR

Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) melalui Majlis Akreditasi Perancangan Bandar telah mengadakan Lawatan Audit Pematuhan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah (Kepujian) (CFAP221/AP221) Di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Lawatan ini bertujuan menilai tahap pematuhan program akademik tersebut selepas Lawatan Akridetasi Penuh yang telah diadakan pada 21 dan 22 Jun 2022 yang lalu dalam usaha memastikan kualiti pendidikan perancangan bandar terus terpelihara dan relevan dengan keperluan semasa industri. Sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ini, ahli Majlis Akreditasi turut berkesempatan mengunjungi Galeri Al-Farabi bagi meninjau pameran hasil tugasan pelajar serta berinteraksi secara langsung dengan mereka sepanjang sesi lawatan berlangsung.

TOP