LAWATAN AUDIT PEMATUHAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (KEPUJIAN) AP221 DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM

Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) melalui Majlis Akreditasi Perancangan Bandar telah mengadakan Lawatan Audit Pematuhan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) AP221 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Lawatan ini bertujuan menilai tahap pematuhan program akademik tersebut selepas Lawatan Akridetasi Penuh yang telah diadakan pada 16 dan 17 Jun 2022 yang lalu dalam usaha memastikan kualiti pendidikan perancangan bandar terus terpelihara dan relevan dengan keperluan semasa industri. Sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut, ahli Majlis Akreditasi turut berpeluang melawat studio dan fasiliti pengajaran serta berinteraksi secara langsung bersama para pelajar

TOP