MESYUARAT LEMBAGA PERANCANG BANDAR MALAYSIA BIL.1/2025
Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Bil. 1/2025 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Hatten, Melaka dengan perbincangan melibatkan empat (4) kertas pembentangan berkaitan pengurusan dan kewangan LPBM.   Mesyuarat juga telah mempertimbang dan meluluskan permohonan Perancang Bandar Siswazah Berdaftar, Perancang Bandar Berdaftar dan Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis (COP). Selain itu, mesyuarat turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota Lembaga yang bakal menamatkan tempoh pelantikan iaitu:

  1. Prof. TPr Dr. Jamalunlaili bin Abdullah (1 April 2022 hingga 31 Mac 2025);
  2. YH TPr Dato’ Nik Noraisu binti Nik Ibrahim (1 April 2022 hingga 31 Mac 2025); dan
  3. TPr Dr. Muhammad Hakimi bin Mohd Hussain (berakhir 25 Februari 2025).
TOP