LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH DENGAN KEPUJIAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan Kepujian, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) oleh Majlis Akreditasi Perancangan Bandar (MABP) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 1 dan 2 November 2022 bertempat di Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM, Skudai Johor.

Tujuan lawatan akreditasi ini adalah menyemak usaha-usaha pihak Universiti selaku Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) bagi program Perancangan Bandar dan Wilayah dalam mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya bagi memenuhi syarat-syarat khusus sebagaimana ditetapkan di dalam Manual Akreditasi Program Perancangan Bandar dan Wilayah yang telah diluluskan oleh LPBM.

Panel penilai MAPB ini telah diketuai oleh Pengerusi MAPB, YBhg. Datin TPr Noraida binti Saludin dan disertai oleh para panel penilai berikut:

  1. YBhg. Prof. TPr Dr. Jamalunlaili bin Abdullah (wakil LPBM)
  2. YBhg. TPr Datin Hjh. Mazrina binti Abdul Khalid (wakil LPBM);
  3. YBrs. TPr Haji Md. Nazri Mohd Noordin (wakil MIP);
  4. YBrs. TPr Mohamed Jamil bin Ahmad (wakil IPT);
  5. TPr Wan Andery bin Wan Mahmood (Ketua Sekretariat LPBM);
  6. TPr Khairon Zairee bin Basiron (sekretariat LPBM);
Di samping sesi pembentangan oleh Pengarah Program bagi mengenai latar belakang keseluruhan pelaksanaan program, sesi lawatan ini juga berpeluang fasiliti yang terdapat di Fakulti ini sebagai sokongan pembelajaran dan turut melihat pameran hasil kerja pelajar serta perjumpaan antara panel dan pelajar turut diadakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada panel penilai MAPB, para pensyarah, para pelajar serta semua warga Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM yang terlibat samada ada secara langsung atau tidak dalam sesi ini.
TOP