LAWATAN AUDIT PEMATUHAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH DENGAN KEPUJIAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

Lawatan Audit Pematuhan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan Kepujian,  Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar (KAED), Universiti Teknologi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) oleh Majlis Akreditasi Perancangan Bandar (MABP) telah dilaksanakan secara fizikal pada 10 November 2022 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Jalan Gombak, KL.

Tujuan lawatan akreditasi ini adalah menyemak tindakan-tindakan penambahbaikan susulan lawatan akreditasi penuh yang telah diadakan secara atas talian pada 24 hingga 25 Jun 2022 oleh Majlis Akreditasi. Untuk makluman, program ini telah mendapat perakuan akreditasi dari LPBM selama 5 tahun bermula 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2026. Delegasi MAPB  telah disambut oleh warga KAED diketuai oleh Dekan, Ybhg. Prof. Ar. Dr. Abd. Razak bin Sapian  manakala Panel penilai MAPB ini telah diketuai oleh Pengerusi MAPB, YBhg. Datin TPr Noraida binti Saludin 
dan disertai oleh para panel penilai berikut:

  1. YBrs TPr Hj Ehsan b. Zainal Mokhtar (wakil MIP),
  2. YBrs. TPr  Haji Md. Nazri Mohd Noordin (wakil MIP);
  3. YBrs. TPr Mohamed Jamil bin Ahmad (wakil IPT);
  4. TPr Wan Andery bin Wan Mahmood (Ketua Sekretariat LPBM);
  5. TPr Khairon Zairee bin Basiron (sekretariat LPBM); 
Di samping sesi pembentangan oleh Pengarah Program bagi mengenai latar belakang keseluruhan pelaksanaan program, sesi lawatan ini juga berpeluang fasiliti yang terdapat di Fakulti ini sebagai sokongan pembelajaran dan  turut melihat pameran hasil kerja pelajar serta perjumpaan antara panel dan pelajar turut diadakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada panel penilai MAPB, para pensyarah, para pelajar serta semua warga KAED UIAM yang terlibat samada ada secara langsung atau tidak dalam sesi ini.

TOP